Kelas Basic ICT, Internet & Tayangan Video KDB di PI Semop Sesi Mac 2019

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 hingga 10 Mac 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Basic ICT, Internet dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 9:00 pagi hingga 5.00 Petang. Seramai 4 orang peserta yang berumur antara 20 hingga 36 tahun dan mereka terdiri daripada surirumah, tidak bekerja dan bekerja sendiri. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Taklimat KDB, Tayangan Video KDB, Kelas Asas-asas Microsoft Office Word, Powerpoint, Excel dan Internet, Membuat Email (gmail.com), Hangout menggunakan email serta Shopping Online (Shoppe.com).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk penggunaan internet secara positif, mendedahkan para peserta dengan cara menggunakan komputer secara sihat. Selain itu, mengajar peserta supaya mengetahui cara menggunakan Microsoft Office Word, Powerpoint dan Excel secara basic untuk pengetahuan mereka secara umum. Selain itu juga, memberi tunjuk ajar kepada peserta supaya mengetahui cara membuat slide powerpoint dan mendedahkan para peserta supaya yakin untuk berkomunikasi semasa berhadapan dengan orang ramai. Selain itu, untuk memudahkan para peserta untuk mengetahui asas kepada komputer dan microsoft yang pihak PI ajarkan untuk kegunaan para peserta semasa bekerja, belajar dan untuk perniagaan masing-masing.

Semoga berjaya semua dan selamat maju jaya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali